Rakaman video ini telah dijalankan di Makmal Komputer SK Gondang
Kota Bharu, Kelantan pada 18 November 2011 sebagai memenuhi syarat tugasan
KPD3026 di bawah seliaan Dr. Pn. Azidah
Tajuk pengajaran yang menjadi pilihan kumpulan
ialah “Tenggelam dan Timbul” dalam sukatan pelajaran Dunia Sains dan Teknologi
Tahun 1.
Guru mempamerkan bahan-bahan maujud yang terdapat dalam akuarium
untuk memperkenalkan tajuk pengajaran dan pembelajaran sebagai set induksi.
Guru menunjukkan objek-objek yang akan digunakan
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Contoh objek ialah: bola, syiling, sudu
besi, kayu, penyedut minuman dan lain-lain lagi.
Guru membimbing murid membuat ramalan tentang sesuatu objek sama
ada tenggelam atau timbul menggunakan lembaran kerja dan paparan LCD.
Guru melakukan eksperimen dengan diperhatiakan
murid untuk mengenalpasti objek yang tenggelam dan timbul.
Hasil eksperimen yang dijalankan oleh guru dapat dilihat dengan
jelas sama ada sesuatu objek tersebut tenggalam di dalam air atau timbul di
atas permukaan air.
Ramalan daripada murid disemak bersama guru
setelah hasil eksperimen diperolehi untuk mempastikan ketepatan dan membuat
pembetulan bagi jawapan yang salah.
Guru membuat kesimpulan mengenai tajuk pengajaran dan pembelajaran
yang telah dijalankan sebagai aktiviti pengukuhan.
Objek yang tenggelam dan timbul diasingkan
mengikut kumpulan masing-masih untuk diperhatikan oleh murid.