Friday, December 9, 2011

Video Pengajaran dan Pengajaran KPD3026











STORYBOARD VIDEO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Rakaman video ini telah dijalankan di Makmal Komputer SK Gondang Kota Bharu, Kelantan pada 18 November 2011 sebagai memenuhi syarat tugasan KPD3026 di bawah seliaan Dr. Pn. Azidah




Tajuk pengajaran yang menjadi pilihan kumpulan ialah “Tenggelam dan Timbul” dalam sukatan pelajaran Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1.



Guru mempamerkan bahan-bahan maujud yang terdapat dalam akuarium untuk memperkenalkan tajuk pengajaran dan pembelajaran sebagai set induksi.


Guru menunjukkan objek-objek yang akan digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Contoh objek ialah: bola, syiling, sudu besi, kayu, penyedut minuman dan lain-lain lagi.


Guru membimbing murid membuat ramalan tentang sesuatu objek sama ada tenggelam atau timbul menggunakan lembaran kerja dan paparan LCD.

Guru melakukan eksperimen dengan diperhatiakan murid untuk mengenalpasti objek yang tenggelam dan timbul.


Hasil eksperimen yang dijalankan oleh guru dapat dilihat dengan jelas sama ada sesuatu objek tersebut tenggalam di dalam air atau timbul di atas permukaan air.


Ramalan daripada murid disemak bersama guru setelah hasil eksperimen diperolehi untuk mempastikan ketepatan dan membuat pembetulan bagi jawapan yang salah.


Guru membuat kesimpulan mengenai tajuk pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan sebagai aktiviti pengukuhan.


Objek yang tenggelam dan timbul diasingkan mengikut kumpulan masing-masih untuk diperhatikan oleh murid.




Monday, June 6, 2011

Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BERPANDUKAN ( MODEL ASSURE )

Matapelajaran : Pendidikan Jasmani
Tunjang : Kemahiran
Tahun : 5 Mahir
Masa : 7.45 – 8.45 ( 60 minit )
Tajuk : Permainan Bola sepak
Sub Tajuk : Tendangan Leret
Bilangan Murid : 30 orang
Jantina : 30 Murid Lelaki
Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah biasa bermain bola sepak dan menonton perlawanan bola sepak di kaca television.
Gaya Pembelajaran : Kinestetik dan Auditorian
Objektif : Di akhir pembelajaran murid dapat,
i. Membuat tendangan lerat 4 daripada 5 percubaan dengan teknik yang betul.
ii. Menyatakan butir-butir pengajaran berkenaan dengan teknik-teknik tendangan leret.
iii. Murid bekerjasama dengan seronok semasa melakukan aktiviti.
Alat Bantu Mengajar:
1. Bola 10 biji
2. Skitel
3. Wisel
4. Stop-watch
5. LCD6. Laptop
Kemahiran Nilai Tambah : KBKK
Nilai Murni : Berdisiplin, Bekerjasama, Keyakinan diri dan Ikut Arahan
Langkah Keselamatan : Murid berpakaian sukan yang sesuai dan sentiasa mendengar arahan ketika proses pengajaran dan Pembelajaran berlaku.

Aktiviti:Set Induksi (5 minit)Isi Pelajaran: Memanaskan badan

1. Aktiviti memanaskan badan (kelonggaran) dari bahagian atas ke bawah.
2. Murid dikehendaki belari zig zag bersama bola.


3. Bersoal jawab mengenai teknik menendang bola dengan menggunakan bahagian dalam dan luar kaki

Perkembangan:Langkah 1 ( 10 minit )

Isi Pelajaran: Membuat tendangan
1. Murid membuat tendangan dengan kaki sokongan berada jauh di belakang dari kedudukan bola.
2. Murid membuat tendangan dengan kaki sokonga
n berada bersebelahan atau ke hadapan sedikit dengan kedudukan bola.
3. Guru meminta murid menyatakan perbezaan antara dua aktiviti yang dilakukan.


Langkah 2 ( 12 minit )
Isi Pelajaran: Tendangan Leret
1. Guru membuat demonstrasi tendangan leret.







2. Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk membuat tendangan leret.


3. Soaljawab dan perbincangan berkenaan aktiviti yang dijalankan.
4. Murid diberi peluang membuat tendangan leret berpandukan teknik yang ditunjukkan dalam kumpulan kecil.

Langkah 3 ( 13 minit )

Isi Pelajaran: Penilaian

1. Dalam kumpulan kecil seramai 8 orang, murid melantik seorang ketua kumpulan.
2. Setiap ahli kumpulan diberi 5 percubaan membuat tendangan leret.
3. Ketua kumpulan perlu memastikan setiap ahli kumpulan membuat 5 percubaan tendangan dan merekokkan hasilnya dan menyerahkan kepada guru di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran untuk di nilai.

Langkah 4 (15 minit )

Isi Pelajaran: Permainan Kecil

1. Mengadakan perlawanan bola sepak antara kumpulan kecil.
2. Jaringan gol dikira berdasarkan tendangan leret sahaja.

Penutup & pengukuhan (5 minit)

1. Melakukan aktiviti gerak undur (cooling down)
2. Murid menjawab 3 soalan berkaitan dengan teknik tendangan leret.




Refleksi:

Secara keseluruhan proses P&P berjalan dengan lancar dan tersusun dengan menggunakan teknik pengajaran yang berkesan. Aktiviti dilakukan mengikut tahap kebolehan murid dan minat murid. Keseluruhan murid dapat melakukan aktiviti dengan baik setelah mendapat bimbingan guru dan rakan-rakan dalam kumpulan sebagai model.

Sunday, June 5, 2011

Selamat Datang

Alhamdullillah, dengan sedikit sebanyak panduan dari Dr. Azidah dan rakan pelajar kami telah dapat menyediakan satu tapak blog untuk kami meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu melalui program PPG USM. Semoga kami semua akan tabah menghadapi segala rintangan hingga ke penghujungnya. Kepada rakan-rakan semua, doakanlah kejayaan kami semua...... terima kasih.